Tuesday, May 19

rumi

saje bosan..
copy paste pasal rumi jap..lalala~

Rumi pada dasarnya boleh dibahagikan kepada dua perkara utama:

1. Maulana Rumi; nama dan gelaran kepada seorang tokoh islam ternama; beliau adalah penulis cinta agung yang mencipta pelbagai sajak bertemakan kehidupan, ilmu dan cinta yang menjadi sumber inspirasi kepada pelbagai lapis masyarakat dari pelbagai negara dan agama.

2. Rumi mengandungi 26 abjad bermula dari A-Z yang menjadi sistem tulisan huruf paling meluas digunakan di dunia. Dalam konteks Alam Melayu, rumi adalah bahasa Melayu yang diromanisasikan.

Mengapa Rumi?

Rumi itu.......





Penulisan; kolaborasi kertas, pena dan kamar minda..

Pengantara; kau aku dan dia....

Pencetus idea; dari maya ke nyata;


dan Rumi itu,


Khayalan; menterjemah fantasi kepada realiti




Apa itu Rumi?

• Penulisan
Rumi seperti yang didefinisikan adalah 26 abjad yang diubahsuai dari Roman. Gabungan 26 huruf rumi ini mencipta nukilan, penulisan atau karya yang terbit dari kotak pemikiran lantas dijanakan ke atas kepingan kertas menerusi mata pena. Dalam konteks senibina; Rumi menjadi elemen penting dalam penghasilan produk. Hasil penulisan memainkan peranan utama dalam pembentangan idea dan penerangan sesuatu produk. Hasil penulisan juga turut mencerminkan tahap pemikiran seseorang di mana penulisan dapat menonjolkan pemahaman seseorang mengenai sesuatu dari segi garapan, olahan dan permainan bahasa yang ditonjolkan.

• Pengantara
Medium pengantara adalah bahan penghubung yang mengaitkan satu komponen kepada satu komponen yang lain. Justeru, fungsi Rumi di sini adalah jelas sebagai medium pengantara di mana rumi menghasilkan karya (fahaman seseorang tentang sesuatu) dan karya tersebut menjadi medium kepada mereka yang lain untuk memahami dan mengetahui apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Penggunaan Rumi tidak termaktub kepada penghasilan karya sahaja, malahan jka diteliti, rumi kelihatan di hampir setiap permukaan yang terdapat di sekeliling kita. Dari segi dunia senibina, arkitek sendiri adalah medium yang menghasilkan sesuatu yang berbentuk fizikal dari kemahuan dan pemikiran individu. Penegasan karakter rumi di sini adalah tentunya Rumi sebagai medium penyampaian atau medium pengantara. Rumi itu medium, Arkitek itu medium, maka Arkitek itu adalah Rumi.





• Pencetus idea
Segala-galanya bermula dari maya kepada nyata, dari sesuatu yang tidak berjasad kepada sesuatu yang berjasad, dari 2 dimensi kepada 3 dimensi. Contoh terdekat yang mengaitkan Rumi dalam bidang Senibina adalah permulaan dan pembukaan kepada sesuatu projek. ’The brief’. Setiap permulaan projek, pelajar-pelajar akan disediakan dengan lampiran ’Brief’ yang dikehendaki oleh tenaga pengajar. Brief dilampirkan dalam bentuk tulisan untuk difahami dan diinterpretasi oleh para pelajar. Rumi tentunya memainkan peranan dalam penghasilan ’Brief’ yang dikeluarkan oleh tenaga pengajar. Dari lampiran ’Brief’ (2 dimensi) tersebut, setiap pelajar mempunyai interpretasi berlainan yang akhirnya membawa kepada penghasilan produk (3 dimensi) dari interpretasi ’Brief’ tersebut. Justeru, amat jelas sekali peranan Rumi untuk dikaitkan dengan istilah Rumi sebagai pencetus idea.

• Khayalan
Rumi terdiri dari 26 abjad. Daripada 26 abjad lahirnya 1000 perkataan dan dari perkataan wujudnya banyak ungkapan. Setiap perkataan itu sendiri memiliki pelbagai maksud. Justeru, Rumi adalah bersifat universal, tiada batasan kepada 26 abjad. Pemikiran setiap individu juga adalah berbeza dan universal, tiada batasan. Imginasi tiada batasan. Setiap imaginasi boleh diungkapkan dengan perkataan atau ungkapan yang menggambarkan rasa. Setiap perkara yang dikhayalkan dan diimaginasikan boleh diterjemah kepada realiti menerusi Rumi. Setiap imaginasi itu mempunyai identiti dan nama, dan identiti itu diberikan oleh Rumi.





Objektif Rumi
1. Bertujuan menghubungkaitkan penulisan atau medium interaksi dalam konteks Alam Melayu dan bidang Senibina.
2. Sebagai salah satu medium pengantara untuk diterjemahkan oleh peserta-peserta bengkel bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif
3. Menggalakkan penjanaan idea dari bentuk 2 dimensi kepada 3 dimensi.

No comments: