Tuesday, November 19

wed prep

6 HINGGA 12 BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Pilih tarikh dan waktu bernikah.
 Pilih tarikh dan waktu majlis resepsi dan jamuan makan.
 Pilih tarikh dan waktu majlis bertandang.
 Pilih lokasi majlis pernikahan, resepsi dan jamuan makan.
 Tetapkan tema majlis.
 Anggarkan jumlah tetamu dan mula kumpul nama tetamu.

 Rancang aturcara majlis.
 Uruskan bajet.
 Hubungi kadhi dan Pejabat Agama Islam
 Hubungi saksi pernikahan

 pergi kursus perkahwinan.
 Tempah lokasi majlis berlangsung.
 Upah perunding majlis perkahwinan, jika perlu.
 Pilih juruandam.
 Pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis.
 Pilih katerer.
 Pilih jurufoto dan juruvideo.
 Pilih andaman pelamin.
 Pilih cincin pernikahan.
 Pilih kumpulan persembahan.
 Pilih kek pengantin.
 Bincang rekaan baju.
 Rancang destinasi bulan madu

 Rancang tempat tinggal selepas berkahwin


LIMA BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Himpunkan senarai tetamu.
 Tempah baju majlis pernikahan dan resepsi (termasuk aksesori)
 Tempah destinasi bulan madu.
 Tempah juruandam.
 Tempah penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.

 Tempah pengacara majlis / DJ  (termasuk PA sistem).
 Tempah katerer.
 Tempah jurufoto dan juruvideo.

 Tempah cincin perkahwinan.
 Tempah kek pengantin.
 Tempah kumpulan persembahan.
 Tempah penginapan untuk tetamu.

 Tempah kenderaan untuk majlis perkahwinan dan majlis bertandang.
 Buat pemeriksaan kesihatan (HIV).
 Buat rawatan muka. 

EMPAT BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Pilih dan tempah kad jemputan. 
 Sediakan peta lokasi.
 Beli cincin perkahwinan.
 Tempah atau beli cenderahati untuk tetamu.
 Tempah atau beli corsage untuk ahli keluarga dan penanggah.
 Tinjau gerak kerja pereka pakaian.
 Tinjau lokasi majlis.
 Beli hadiah untuk ibu bapa dan mereka yang terlibat dalam gotong royong.
 Beli hadiah istimewa untuk bakal pasangan (selain hantaran).
 Pastikan semua kelengkapan perkahwinan telah ditempah. 
 Bayar deposit (jika perlu)


TIGA BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Serahkan borang permohonan perkahwinan yang lengkap kepada Pejabat 
Agama Negeri masing-masing.
 Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga.
 Sahkan tempahan pakej juruandam.
 Sahkan tempahan penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.
 Sahkan tempahan pengacara majlis / DJ.
 Sahkan tempahan pakej jurufoto dan juruvideo.
 Sahkan tempahan kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
 Sahkan tempahan kek pengantin.
 Sahkan tempahan kumpulan persembahan.
 Sahkan tempahan penginapan untuk tetamu.
 Sahkan tempahan percutian bulan madu.
 Serahkan barang hantaran kepada penggubahnya (kecuali makanan).
 Buat temujanji dengan katerer untuk bincang menu dan merasa makanan.
 Buat tempahan untuk melakukan spa.
 Pilih studio yang sesuai untuk gambar potret.
 Pilih senarai lagu / nasyid.
 Tulis alamat tetamu pada kad jemputan.

 Mula membungkus cenderahati tetamu.

DUA BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Hubungi Jabatan Agama Negeri untuk menyemak status permohonan nikah.
 Pos kad undangan bagi saudara atau rakan yang jauh.

 Bincang aturcara majlis bersama penyelaras majlis atau perunding majlis 
perkahwinan.
 Bincang aturcara dan skrip ucapan bersama pengacara majlis.
 Cetak aturcara majlis.
 Aturkan tempat tinggal bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari 
jauh.

 Buat temujanji dengan jurusolek untuk mencuba solekan.
 Rancang kedudukan tempat duduk tetamu

SEBULAN SEBELUM MAJLIS:
 Mengirim undangan untuk rakan dan keluarga yang tinggal berdekatan.
 Bincang panduan yang disediakan bersama jurufoto dan juruvideo.
 Bincang senarai tugasan bersama ahli keluarga.
 Buat rawatan muka dan badan. 
 Mencuba pakaian termasuk aksesori dan mengambilnya dari pereka.
 Memastikan semua keperluan majlis sudah dibeli, dipinjam atau disewa.
 Sediakan hiasan meja.
 Pastikan cincin anda dalam ukuran yang betul.
 Cuba kasut kahwin dan latih menggayakannya.
 Berlatih senyum setiap hari. 


DUA ATAU TIGA MINGGU SEBELUM MAJLIS:
 Hubungi Pejabat Agama Negeri untuk mengesahkan kehadiran Pendaftar 
Pernikahan.
 Pastikan semua urusan berkaitan dengan prosedur pernikahan telah selesai.
 Serahkan permohonan cuti kepada majikan.
 Selesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.
 Sahkan jumlah tetamu dan maklumkan pada katerer.
 Aturkan kembali pengangkutan untuk majlis perkahwinan.
 Sahkan semula percutian bulan madu (termasuk tiket penerbangan).
 Mula kemas beg untuk bulan madu.
 Sediakan duit pembayaran untuk jurunikah, saksi, dan perkhidmatan 
profesional perkahwinan dalam sampul surat.
 Tugaskan seseorang untuk memberikan duit pembayaran tersebut.


SEMINGGU SEBELUM MAJLIS:
 Pastikan anda sudah bercuti.
 Pastikan pakaian pengantin sudah diambil atau diterima. 
 Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yang telah ditempah.
 Sahkan semua perincian dengan katerer.
 Siapkan hantaran dan cenderahati (dalam bentuk makanan).
 Mulakan kerja-kerja menghias pelamin dan bilik tidur.
 Buat rawatan muka dan badan yang terakhir. 
 Tugaskan seseorang untuk menjaga barang berharga.
 Sediakan dan pasang papan tanda (petunjuk arah lokasi majlis).
 Aturkan taklimat tugasan kepada semua pembantu anda.
 Buat raptai untuk majlis resepsi.
 Semak berulang kali senarai ini dan senarai semak keperluan.

SEHARI SEBELUM MAJLIS:
 Pastikan barang yang dipinjam/disewa/ditempah sudah diterima.
 Pastikan kerja-kerja akhir telah disiapkan oleh pembantu-pembantu anda.
 Pakai inai di jari.
 Rehat dan tidur awal!

HARI MAJLIS PERKAHWINAN:
 Bangun awal dan mandi sunat.
 Pastikan ada banyak masa untuk bersiap.
 Pastikan anda makan dan rehat dengan cukup.
 Lalui majlis dengan penuh gembira