Sunday, April 24

ready, set, go!

wah membaca blog aunty martinelli a.k.a mak ajim..*ok memang best blog ni..*
leh klik sini

banyak motivasi...
sekadar nak berkongsi pandangan..
dari apa yang mie baca..


MEMPERBAIKI DIRI MENCAPAI IMPIAN

Impian indah.... tetapi pernahkah kita merangka strategi untuk menjadikannya suatu realiti.

Setelah menjadi pasangan yang sah,

Sabarkah kita menghadapi realiti yang sangat jauh dari apa yang kita bayangkan sebelum ini?

Mampukah kita menahan segala keinginan yang tidak mampu kita miliki kini?

Sanggupkah kita bersabar dengan kekurangan yang ada pada pasangan kita?

Berapa kerapkah kita bersyukur kerana mendapat pasangan yang baik?

Berapa kerapkah pula kita bersungut dan berkeluh kesah dengan ujian yang menimpa?

Berapa kerapkah kita memohon ampun sehari-semalam?


Berapa kerapkah kita berselawat kepada junjungan Rasulullah s.a.w?


okay..yang mie highlight biru tuh..
sangat setuju..
semasa mie dah graduate..dan bekerja..
sedikit sebanyak dah rasa..
erti hidup ni sebenarnya..
indah tetap indah..namun
tak seperti yang disangka...

dan memikul tanggungjawab sebagai anak sulung..
bukan mudah
ada perjuangan tersendiri..
dan dalam perjuangan
tentu ada pengorbanan..
bagi mie ia mematangkan diri..

namun kadangkala pengorbanan ni kita terasa seakan beban
dari situ kadang kala timbul keluhan..
dan betul kadangkala terbit persoalan..
mampukah kita menahan keinginan untuk
memiliki sesuatu yg xmampu kita miliki kini?

even belum bekeluarga..
sedikit sebanyak..
terdedah dengan ilmu2 yang sukar dipelajari..
dimana2 kelas selain dari perjalanan kehidupan..

kita punya idea bagaimana sebuah family yang bahagia mampu terbentuk..
namun dari segi praktikaliti..
banyak yang perlu dikonsider
untuk membentuknya..

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

(Al Hujuraat ayat 13)

melihat mereka berdua kedua ibu bapa ku..
gigih membina mahligai..
menjadi tanda tanya pada diriku..
secantik mana mahligai yang dibina..
yang penting isi dalam mahligai tersebut..

apa yang diisi mahligai itu?
agama? kemewahan dunia? status semasa?
dan disini akal dan ilmu memainkan peranan besar..

ketika cuba sedaya upaya menggalas
tanggungjawab sebagai anak..
terdetik dihati..
jika tika ini aku sebagai anak ada sekelumit rasa
keluhan rasa terpaksa bekorban
menahan diri dari memiliki sesuatu yang aku ingin kan..

mampukah aku suatu hari nanti..
aku menahan diri dari berkeinginanmiliki apa yang tak mampu kita miliki..

apabila berkahwin nanti..
bukan mudah..dan sentiasa indah..
syukur jika kita dipertemukan
dengan insan yang mampu memahami..
dan saling melengkapi..
dan semua itu di fikiran masing2 sebenarnya..
disulam dgn keimanan dihati..

namun..pengorbanan pasti ada..
jika insan seperti aku ini..
aku sukakan ruang privasi..
aku suka berdikari..
tapi dari emosi..
aku perlukan tempat meluah..
takkan aku hanya nak terima orang sekadar untuk tempat meluah?
nak tak nak..
aku kena belajar toleransi..

belajar juga memberi..
belajar membuka sedikit ruang dalam diri..
aku tak boleh lagi bertindak sendiri..
ada yang pelu aku fikirkan hati budi..
ada yang perlu aku korbankan..
dan aku kena ingat bukan aku sahaja yang berkorban..

bila orang sanak saudara menanyakan
bila aku akan berkahwin..
persoalan aku..
dah bersedia tak aku dengan semua yang ku nyatakan itu?

aku dah biasa bersendiri..
berdiri sendiri..
sampai kadang kala aku terlupa..
ada yang mampu sama2 berjalan berdiri disampingku..

mungkin..belum sampai masanya aku jumpa orang itu?
atau egokah sangat kah aku?
mungkin orang itu dah ada dihadapanku..
tapi aku masihtakut melepasi zon selesa ku?

melihat ibu ku..yang berkorban pelajarannya sedangkan..
dia seorang yang berfikiran hebat..
kalau ibu ku seorang pelajar..
yang dituju hanya kecermelangan..

kerana keluarga dia lupakan seketika..
segengam ijazah ditangan..
sedangkan rakan seperjuangannya..
suma hebat2 bergelar dr..dan sebagainya..
malah ramai terkejut..
melihat dia tidak melanjutkan pelajaran sedangkan..
dia antara saingan suatu ketika dahulu..

namun,bayangkan kerja2 kini, hasil pemikiran dan pengalamannya..
mampu lawan hasil yang datang orang yang bertaraf dr falsafah..
yang punyai sijil phd..
beliau hanya ada diploma..

mereka memang sudah berkorban untuk kita..
dalam sedar tak sedar..

mungkin mahligai ini xsesempurna mahligai yang lain..
sebagai anak, xsalah kita cuba menyempurnakannya..

dan hasil didik serta pengalamn ini buat mie wonder
sudah bersedia kah aku menjadi sehebat mereka itu?

jadi mie putuskan..bahagiakan keluarga dahulu..
tidaklah hati ini bahagia melainkan melihat mereka bahagia...
sekurang2nya andai nafas terhenti belum sempat mie capai
keinginan mie..
sekurang2nya mie puas..terasa amat puas..

jodoh? Allah itu maha mengetahui..^_^
buat rakan xsudah2 memikirkannya..
puaskan diri dengan berbakti kepada ibu bapa..
nanti nak berbakti pada suami pula.. ^_^

dah bersedia ka?

*owh yang highlight hijau tu teramat sangat setuju..

*owh dah berazam utk kurangkan post perihal jodoh..mayb dah memang umur sebegini nak berbicara hal beginikan..huuu~

1 shalala by them:

mars said...

berusahaaa~~!!