Friday, December 31

neuww yearh..


halow.. *awal2 lagi dah tayang mata bolat dan dahi jendul ku..haha*
erk silap2..
assalamualaikum...
alhamduillah.. tidak lama lagi, akan berakhirnya
tahun 2010. Jujur sebelum2 ni, mie
tak pernah celebrate atau menghargai tahun baru.
tak ada perasaan sangat la.
lebih2 lagi, ketika masih belajar.

macam 4th year sekarang pun harini kene present site.
macam tu jugak dulu, cuti pun biasanya tak macam cuti.
sekarang bila dah kerja..sangat..sangat sanggatt menghargai cuti..hehe

2010 adalah tahun yang superb! yeah haha
walaupun emosi ade up and down..*biasalah perempuan emo..haha*
and this entry just nak recall a few things yang buat this year superb..

The best of 2010 :

convocation..
*sila abaikan betapa hebat muka ku di photoshop..flawless gitu macam porcelin licin..auw..*

alhamdulillah setelah lebih 5 thn berhempas pulas, tunggang-langgang belajar di UIA..berjaya juga capai aim graduate on time..just tak tercapai aim nak kekalkan 3.0 tu. *tapi dah sipi2 sangat dah..tinggal 0.0x dah ley dapat 3.0..* kecewa..tapi tetap bersyukur..alhamdulillah..

berkerja :
yeah.. even mie banyak membebel, mengomel dan sebagainye. tapi disudut hati tetap bersyukur alhamdulillah dah bekerjaya akhirnya. Serius ni pertama kali mie bekerja dalam hidup mie selama 22 tahun..huhu Jadi cashier pun tak pernah sebab mak memang suruh if study, study je..

memang mengambil masa untuk biasakan, dan memang tak menyeronokkan jika dibandingkan dengan belajar. Nak tak nak kena biasakan..

ini lah hidup :)

owh ye..haritu ade post entry wish list gaji nak beli ape kat ini entry ni : click sini

wishlist

utk mimie sendiri

-handbag : done :P ok xmahal pun biasa2 aje..hee syukur la dah berganti..kesian handbag lama..hee ^^,


-skincare : masih mencuba..tapi so far mie pakai garnier. alhamdulillah ok :) *tapi xcerah2 pun :P*


-dentist : belum lagi, braces tak buka lagi..dok diam2 jela bab ni.. :(

-handphone : hehehe alhamdulillah dapat juga apa yang dihajati...syukur..

my new baby ...Lg Optimus One..nama dia best mcm transformers..haha

-further study: dah buka asb! nak kumpul banyak..banyak! insyallah ada rezeki adelah tu..

untuk yang lain...

mama
-a pair of glasses..yes dah termakbul hajat ku..cekidout spek mama ^_^


comel jer mama pakai.. macam wan lak muke mama..heee~ seronok mama suke..hamek mie pilih kerawang2 haa..


*suke la tuh :P*

-ganti blk semua dwet mama kalo bley..err blom lg la ma ea..along support beli barang dapur jela..ok x? *err megi,jajan2,air sirap oren tu kira barang dapur la kan? :P*

baba : huu~ still xbelikan pape lagi..tak tahu nak bagi apa..T_T

adik2..banyak kali dah belanja tu..huuu tu jela along mampu so far ea..ade rezeki lebih adela untuk korang ea..insyallah..


*huh takyah ler buat muke cenggitu..xcair pun along :P*

huu tu serba sedikit la wishlist yang termakbul..yang terlebih beli pun ade..basically nak melawakan bilik *lawa ke? haha* ok2 ni jer yang termampu so far..

err..xde papepun..nampak macam asrama..but try lawakan bilik ni from zero..
and sangat seronok..x ok pun kira ok la kan? *saje letak pic kecik2 tak kasi nampak tempat lain sepah2..haha* tinggal aim tukar langsir je nih..*xkena ngan tema tema bilik rainbow..haha*

selain daripada tu..seperti entry2 sebelum ni ade mention..dapat tawaran sambung study..hantar 4 u..4-4 dapat..mungkin sekarang belum ada rezeki untuk pergi..insyallah kita cuba usahakan tahun hadapan..insyallah..

rezeki tu ada kita perlu usaha jika ada peluang kan?

oklah disini mengambil kesempatan memohon seribu kemaafan * dan mohon maaf kat diri sendiri juga* dah mula tahun baru ni, kita mula dengan keadaan baru..*sepatutnya awal muharam, tapi time tu busy keje* so xpe la..better late than never..

*sorry saya emo2 ye..dah tu purpose blog saya..huu tempat lepaskan ke-emo-an..haha*

kita mulakan tahun baru dengan lafaz bismillah..azam dihati, keyakinan dijiwa..dan senyuman di bibir..peace ^_^


*korang xperasan ke suma orang tudung sama? haha :P testing tudung baru tu..haha*


bubye jumpe tahun hadapan^^,

Tuesday, December 14

himpunan kata-kata motivasi

err..ok beberapa minggu yang lepas
saya mengalami mental breakdown..huu~
alah..takde pape pun
just bila keadaan dah penat ditambah dgn stress
fikiran jadi bukan2
mende sikit pun jadi masalah..
ditambah pulak dgn environment yang
sedikit pun xmenenangkan hatta melegakan..

mmg agak down..

alhamdulillah..
masih ada yang memberi teguran dan semangat
seryes kawan ketika susah mmg susah la nak jumpa..
kira la dari berapa yang kita kenal dan berapa yang memberi kekuatan..
bukan blame.. just kesedaran diri..

so dah lepas keserabutan ni
baru la nampak balik jalan yang patut dilalui dgn jelas..

so nk himpunkn kata2 and cerita yg telah memotivatekan diri ni
moga lepas ni saya lebih beringat..

err ada org kata saya selalu ada keyakinan tersendiri..
hakikatnya..tak..
mie bergantung kepada persekitaran.
motivasi mie datang dari sekeliling..
tapi bila mie keje mcm aritu..
suasana negative
mmg agak teruk la mental saya berfungsi
harap xjadi mcm tu lg..
saya nak maju!

ok ni sedikit cerita motivasi

DUGAAN dalam kehidupan manusia sering bertali arus dalam kehidupan. Kerana nilai dugaan yang cukup besar harganya, manusia perlu menghadapinya dengan sepenuh kekuatan yang diberikan Allah dalam jiwa melalui kekuatan iman dan akal fikiran.

Hari ini, tragedi demi tragedi berlaku dalam sejarah manusia memerlukan nilai kesabaran yang tinggi untuk melaluinya.

Bukan semudah kata-kata, ia umpama hempedu yang perlu ditelan walau pahit rasanya.

Malaysia mengalami sejarah hitamnya dalam tragedi bencana alam yang terburuk dan pertama kali berlaku sehinggakan mengorbankan puluhan nyawa yang tersayang.

Di negara-negara dunia seperti Sri Lanka, Thailand, Sumatera kedengaran ratapan yang mengiringi kematian di luar jangkauan manusia.

Umat Islam dalam berhadapan dengan bencana sebegini, perlu bersedia bukan sahaja daripada keperluan fizikalnya tetapi minda dan hati yang teguh dengan keimanan terhadap Allah.

Ujian yang diturunkan Allah sememangnya cukup berat, jika ia diterima dengan keredhaan, akan hadir sedikit ketenangan dalam kehidupan.

Allah meletakkan kepentingan sabar sebagai asas dalam menghadapi ujian dan malapetaka.

Firman-Nya disebutkan, Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Al-Baqarah: 45)

Ujian membuktikan kekuatan manusia dalam berhadapan dengan keadaan tersebut. Malah tingkat ujian berbeza menurut kemampuan seseorang.

Ujian hadir dalam pelbagai bentuk, kehendak hati terhadap sesuatu yang dilarang, konflik antara individu yang akrab dalam keluarga, halangan-halangan dakwah, penderitaan, kemiskinan dan kekayaan, kejadian-kejadian di luar jangkauan kecil mahupun besar adalah antara ujian yang sering dihadapi.

Malah ujian dan dugaan sering membawa bersama manusia dengan dua pilihan, bagaimana seseorang menghadapinya.

Adakah dengan menyalahkan takdir atas kejadian buruk yang menimpa sehingga Tuhan turut dipersoalkan atau menerimanya sebagai satu musibah yang mengingatkan diri tentang kebesaran-Nya dan yakin dengan hikmah-Nya.

Ke manakah motivasi tindakan kita dijanakan, sama ada antara yang membunuh keyakinan atau ke arah yang mengukuhkan diri menghadapi cabaran, ia adalah pilihan yang diberikan Allah.

Melalui dugaan inilah, terpamer sikap seorang bergelar Muslim, dalam kelompok mana seseorang itu berada kini. Boleh jadi dalam kelompok Muslim yang benar-benar ikhlas beriman kepada Allah atau sebaliknya. Firman Allah, surah al-Baqarah ayat 155:

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman, dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

Seorang yang beriman, perlu menghadapi setiap dugaan dan cabaran dengan nilai-nilai positif sebagai usaha mengimbangi kehidupan yang sedia agar sentiasa lurus di jalan-Nya.

Ia tidak boleh dijadikan alasan untuk membelakangi suruhan-Nya dengan andaian-andaian palsu kononnya Tuhan tidak menyayanginya lagi sehingga gelap masa depannya.

Kesabaran dalam menghadapi dugaan datang bersama tindakan daripada diri sendiri dan secara kolektif melalui bantuan yang termampu.

Nilai kehidupan berjemaah dalam masyarakat Islam dapat ditingkatkan dengan pertolongan yang diberikan, yang secara langsung mengikat nilai ukhuwah dan pertautan jiwa atas nama persaudaraan Islam.

Dugaan datang bersama hikmah. Ia memerlukan masa untuk manusia memperhalusi sebab dan punca sesuatu perkara.

Umpamanya konflik antara Gerakan Acheh Merdeka (GAM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) di bawah kerajaannya hari ini bersedia berdamai atas nama kemanusiaan dan bergandingan membantu mangsa-mangsa yang terkorban.

Jika dilihat dengan mata kasar manusia biasa, ia mungkin tidak membawa erti. Tetapi buat pencinta keamanan dan kedamaian, konflik yang dihentikan seketika ini membuktikan akan berlaku keharmonian antara dua pihak walau ada yang pesimis mengenainya, cuma ia masih bermain dengan masa.

Manusia dalam situasi pertentangan kepentingan berhenti daripada bermain api permusuhan apabila musibah ini melanda.

Kepentingan terhadap majoriti melebihi kehendak diri, masing-masing perlu mengubah sikap buat seketika.

Ujian dan dugaan menjadikan diri sentiasa menghargai apa yang sudah dimiliki. Ia mengingatkan manusia agar tidak cepat lupa dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Seandainya waktu ini kita dikelilingi oleh insan bernama ibu, ayah, adik dan abang, bersama rakan-rakan yang baik, suasana yang sentosa, wajarlah kita menghargai melalui kesyukuran dan menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk bersama dalam suasana positif yang sentiasa saling memaafkan. Ingatlah, seburuk mana pun insan-insan ini, mereka adalah darah daging kita.

Dalam masa yang sama bergeraklah dalam kelompok di kalangan rakan-rakan atau keluarga untuk sama-sama membantu mereka yang telah kehilangan dengan rasa simpati dan empati yang mendalam terhadap mereka. Kata orang, hari ini hari mereka, mungkin esok hari kita.

Nasihat sabar dalam keimanan adalah kata-kata terbaik yang perlu diungkapkan dengan mengingatkan mereka tentang perjalanan penuh cabaran manusia-manusia bergelar nabi dan rasul pilihan Allah, sebagaimana disebutkan dalam surah al-Asr ayat 1 hingga 4:

Demi masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran.