Mie rasa mie ada gangguan disleksia..dulu mie pernah baca pasal ni time sekolah menengah..rasa memang macam ada..tapi lama-lama dah tak ingat sangat dah pasal ni. Ingatkan apa yang mie alami serabut2 dalam otak..adalah normal..ternyata sebenarnye xberapa normal..but nanti lah try check up betul2..hmm~ some info yg mie dapat..
Apakah Disleksia
Disleksia terdiri daripada dua perkataan Yunani iaitu “DYN” bermakna susah, dan “LEXIA” bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.
Ciri-Ciri Pengidapnya
- Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
- Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
- Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
- Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘p’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.
- Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
- Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
- Sering berlaku di kalangan lelaki. *err mayb sbb ak mcm lelaki??haha*
- Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
- Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
Punca Disleksia
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.
Rawatan
Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.
Disleksia (Dyslexia) berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud "kepayahan" untuk perkataan "dys" dan "bahasa" untuk perkataan "lexia". Maka itu, bolehlah disimpulkan bahawa perkataan disleksia bermaksud kepayahan bahasa.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia menghadapi masalah-masalah berikut:
*mereka melihat huruf-huruf dan perkataan-perkataan seperti bercampur-aduk
*mereka tidak memahami bahawa setiap perkataan terbentuk dengan huruf-huruf yang yang digabung
*mereka sukar mengeja *obvoius kot*
*mereka payah memahami konsep di dalam pelajaran matematik
*mereka mempunyai kesukaran di dalam latihan kefahaman
*mereka juga menghadapi masalah apabila menulis
Membaca
* Tidak pasti atau sering keliru dengan abjad-abjad seperti 'b' dan 'd', 'p' dan 'q', 'n' dan 'u'.
* Membaca perkataan terbalik seperti "saw" menjadi "was".
Mengeja
* Menulis perkataan atau huruf dengan terbalik atau salah urutan. Misalnya huruf 'b' ditulis 'd' dan bila mengeja perkataan 'play' menjadi 'paly'.
* Tertinggal huruf semasa menulis. Misalnya semasa megeja perkataan 'flower', dia akan menulis sebagai 'fower' dan 'went' pula akan ditulis sebagai 'wen'.
* Mereka tidak dapat memahami hubung-kait di antara huruf dan bunyi
Menulis
*Tulisan yang cakar ayam, huruf-huruf yang ditulis tidak konsisten dari segi saiz, tiada ruang pemisah di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain.
*Ayat-ayat yang ditulis bercantum dan tidak dijarakkan mengikut lazim.
*Tidak dapat menyalin dengan tepat dari papan tulis dan sering membuat kesilapan bila menulis.
*Menulis dengan amat perlahan.
Pertuturan
Sebutan perkataan yang tidak jelas
Tidak dapat mencari perkataan yang sesuai untuk menerangkan apa yang ingin disampaikan.
Menyampaikan sesuatu perkara atau menceritakan sesuatu kejadian dengan tidak mengikut urutan.
Ayat-ayat yang digunakan tidak tersusun dan sering terbalik lantas menyebabkan orang yang mendengar tidak memahami maksud sebenar ayat itu.
Kanak - kanak yang mengalami disleksia sering merasakan yang mereka tidak dapat melakukan atau menghasilkan yang terbaik seperti yang mereka inginkan. Oleh kerana masalah permbelajaran ini, mereka akan menghadapi kesukaran untuk memberikan tumpuan di dalam pelajaran mereka.
Mereka juga sering disalah mengertikan oleh orang-orang di sekeliling mereka. Oleh kerana kesilapan yang sering mereka lakukan dan kegagalan mereka di dalam pelajaran, mereka selalu dianggap sebagai 'malas', 'bebal', '*****', 'bengap', 'cuai', 'leka' dan sebagainya.
Terdapat ramai tokoh-tokoh termuka yang juga mengalami disleksia. Menteri Singapura Encik Lee Kwan Yew, pembantu Perdana Menteri England Encik Winston Churchill dan pelakon terkemuka Tom Cruise merupakan contoh-contoh individu disleksik yang berjaya di dalam kerjaya masing-masing.
****************************************************************
Ok..tu maklumat yang dicari..and honest memang mostly apa yang ditulis tu mie rasa..hmm
even xkonfem lg..tapi rasa mcm betul la kot..and memang teringin nak check betul2 kat doc ke specialist ke..kalau berkesempatan
but ntah..
rasa kalau betul pun..mie dah ada segulung ijazah..alhamdulillah..
mie selalu rasa mie ni xpandai
but sebab mie rasa macam tu..
mie cuba lawan dengan another term : rajin
so basically usaha itu penting..walau apa kita hadapi..
dan mie sebenarnye mmg xsuka org lain lebih *xsuka in a good way la*
rasa xsuka tu..buat mie akan cuba buat lebih..
if xmampu lawan, mie akan letak standard tersendiri..tapi kalau boleh standard tu maknanya hasil keje mie xley compare ngan org tu..
cnth design..kalo org tu design gmpk..mie xbrape gempak..mie cube gempakkn dibhgn research atau technical..macam tu la cnthnye..
tapi ade la beberapa perkara yan g mie rasa terganggu..
selalunya mie mmg akan slalu salah..
careless cuai..dan sebagainye..
dari darjah 5 lagi semasa tusyen sains
cikgu cakap saya cuai..sebab tahu jawapan tapi jawab menda lain
start ari tu mie ingat yg mie ni cuai
dan cube tak cuai,
cuba carefull..
cuba..cuba..cuba...
and sekarang org guna istilah bolog kalo salah..
bukan mie xcuba untuk perbaiki..
but tu mmg macam terjadi sendiri..
mie sendiri kadang2 geram dengan otak mie..
rasa mcm ade wyr yang xterima signal tu..
but in the end trima jela keadaan tu..
mie xkesah pun org nak kutuk kaco or bahan..
kesalahan tu mmg dtg dari diri sendiri..
mulut sendiri..
cara lain nak kurgkn kesalahan tu..
diam jela..
jgn ckp pape..
hmm~
so setiap perkara yang ada negative..tentu ada positifnya...
disleksia atau tidak..
kta tetap kne lawan byk lg halangan dlm kehidupan..hmm ^_^
4 shalala by them:
Orlando Bloom
The actor once said, “Dyslexia is not due to lack of intelligence, it’s a lack of access. It’s like, if you’re dyslexic, you have all the information you need, but find it harder to process.” He now considers himself “mildly dyslexic.”...
erm... sorry mie..
em karangan ko ni xnak panjang lagi ke? apesal kakfawi cakap sori tuh?
eh fawi xkesah lah..haha point gram bolog tu..for me, mie xley jadikan ni sebagai alasan...
yg mie geram bukan pada org..tapi pada diri sendiri sbb xley lawan..
so the best thing to do is to adapt and manipulate..hee~
plus mie tahu je org slalu buli and bahan..but mie mls marah or nak terasa..sbb sumtimes mie sendiri rasa bosan x dikaco atau mengacau..haha
phy : yg atas2 tu copy je...ak taip yg bwh ****** tu..
basically kajian ak merasakan ak de disleksia tu je..
kalo nak tahu disleksia tu ape ley bace la pjg2 tu..ak mls ringkaskan.
Post a Comment