Tuesday, July 6

.

mie teringin nak lepaskan kata-kata jujur dari hati ni
mie nak je berterus terang dengan semua orang
salah mereka
pandangan mereka

tapi seboleh2nya mie simpan
kita tak mahu orang terasa
tapi kadang2 teringat berkata benar walaupun pahit

jadi mana yang perlu didahulukan?

mie boleh rasa jika semua pandangan mie terhadap mereka
mie lemparkan begitu sahaja
sememangnya benar
maka mmg pahit sahaja
yang akan dirasa

dan pahit itu dikhuatiri mengeruhkan keadaan
mie pernah cuba ambil risiko.
malangnya hasil tidaklah mendatangkan impak yang besar
pokok pangkalnya org yang ditegur itu sendirikan.

tapi bagaimana persoalan ini bermain
orang ditujukan orang yang kita hormati sangat2
contohnya ibu bapa

bayangkan ibu dan bapa yang bela dari kecil
masa kecil dulu dialah yang menegur kita

bila akal membangun dan kita lihat
terzahir khilaf mereka
kata-kata yang bagaimana
yang hendak disusun

agar khilaf itu dapat diperbaiki
tanpa hati mereka kita sakiti?

kita sendiri masih perbaiki diri
dan seinci pun
tak terdetik menyalahkan mereka akan kekhilafan kita..

cuma langkah yang bagaimana
untuk perbaiki diri ini?

aku meletakkan Allah dan Rasul sebagai kekuatan
untuk berubah menjadi mukminnya yang sejati

ya sebagai mukmin
memang itu sepatutnya

tapi bertapa kejamnya aku
membiarkan mereka yang membesarkan aku
leka dengan khilafnya

tapi aku tak punya kekuatan
aku sendiri tak tahu dari mana nak didatangkan kekuatan itu
aku tak tahu apa sandaran untuk aku pegang sebagai contoh teladan
dalam masa cuba membaiki
ku tak mahu dilihat sebagai sombong dan bangga diri
ku tak mahu lagak macam tunjuk pandai

mereka lebih makan garamnya
cuma aku ingin berkongsi ilmu yang ku perolehi
atas jasa mereka membenarkan aku belajar

apa yang dapat aku lakukan selain berdoa sebenarnya..
aku pohon pertunjuk mu ya Rabb..

0 shalala by them: