singgah jap kat kedai buku Minerva..*zaman dulu2 selalu pegi sini untuk cari buku sekolah terutama buku LK and alat2 tulis utk LK ^_^*
niat singgah situ nak beli buku UBBL (uniform building by Law) *Dari tahun lepas sepatutnya beli dah buku ni, tapi final year baru nak beli..haih~ * Lepas tu belek2 buku2 lain pulak.. terpegang buku Riwayat Bidadari Syurga..

nampak mcm best..baca2 sinopsis..tengok harga..hmm letak dulu la..
belek buku lain pulak.. last2 pegang buku Membongkar Misteri Dajjal..
Hmm..mcm menarik.. try taanye mama.. mama approve nak belikan..
So weekend di rumah dihabiskan dengan membaca buku ni..
Tido pun pegang buku ni..

Banyak ilmu yang diperolehi.. Terutama pandangan mengenai dajjal.. Dulu pernah jugak dengar dajjal ni sebenarnya hanya idealism..ada mengatakan ianya society.. Mie mula terdedah dengan kisah2 dajjal bila adik mie tunjuk video The Arrival..memang banyak yang kita xtahu..
sedikit sebanyak petikan dari dalam buku tersebut berlandaskn hadis :
Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: "Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: "Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya." Kemudian berkata: "Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?" Kami menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu."
Rasulullah s.a.w berkata lagi: "Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.
Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.
Mereka bertanya kepada binatang itu: "Makhluk apa engkau ini?" Binatang itu menjawab: "Saya adalah Al-Jassasah. " Mereka tanya: "Apa itu Al-Jassasah? " Binatang itu hanya menjawab: "Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.
Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: "Siapakah anda?" Orang seperti raksaksa itu menjawab: "Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: "Siapa kamu ini?"
Mereka menjawab: "Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.
"Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: "Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu."
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya." Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: "Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu," nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: "Keadaan apanya yang tuan maksudkan?" Orang besar itu menjawab: "Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?" Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: "Aku takut pokok itu tidak berbuah."
Orang besar itu bertanya lagi: "Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah." Mereka menjawab: "Tentang apanya yang tuan maksudkan?" Lelaki itu menjawab: "Maksudku airnya apakah masih ada." Mereka menjawab: "Airnya tidak susut." Lelaki itu berkata: "Air sungai itu disangsikan akan kering."
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: "Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?" Mereka menjawab: "Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah." Lelaki itu bertanya lagi: "Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?" Mereka menjawab: "Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab." Lelaki itu bertanya lagi: "Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?" Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: "Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya." Kata orang besar itu lagi: "Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya. "
Kata Tamim Al-Dariy lagi, "Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: "Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?" Mereka menjawab: "Ya, sudah ya Rasulullah." Rasulullah s.a.w berkata lagi: "Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur," kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.
Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.
dajjal akan datang dalam pelbagai rupa..tapi seperti kupasan dari buku tersebut..jelas dinyatakan dalam hadis tersebut dinyatakan dajjal adalah SEORANG LELAKI.. jadi bukan seperti yang ade sesetengah pihak yang menganggap ianya ideologi dan sebagainya..
dan paling menarik apabila dajjal dikaitkan dengan keajaiban dunia seperti piramid, dan sebagainya.. dan antara kenyataan menarik dikatakan dajjal tu telah lama hidup.. dan banyak meninggalkan kesan kewujudannya..
sejauh mana kebenaran yang diceritakan dalam buku tu wallahualam.. ilmu itu milik Allah bukan.. mungkin apa yang dikatakan benar..
dan lebih menarik apabila dikatakan kisah ashabul kahfi juga ada kaitannya..
‘Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal’ (HR. Muslim no. 809)
“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” Dan di dalam riwayat yang lain disebutkan, “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” (HR. Muslim)
mie bukan orang yang terer bab2 hadis.. surah lazim pun ada yang xlancar hafal..tapi mie cuba belajar..mie xdilahirkan dalam keluarga yang benar2 hebat ilmu agama.. mama pun mengaji al-quran xtahu tajwid..
mama kata dulu moyang yang ajar mama mengaji.. cara orang2 dulu ajar.. bila sampai tanwin bertemu mim, moyang ajar cara nak baca jer.. macam tutup mulut ke..dengungkan ke..xdelah istilah idgham atau izhar, sampai sekarang mama masih begitu..kalau dengar mungkin xberapa sedap seperti qari qariah yang membaca..tapi tetap lagu yang terbaik di halwa telinga ni. Sehingga ke hari ni, kadang2 bila mama baca kami adik beradik tolong2 betulkan tajwid yang mana reti.. *apa guna hantar anak masuk u belajar tinggi2 kn..love u mama ;')*
berbalik pada surah kahfi tadi..baca disini bukan hanya baca tanpa paham maksud..kalau kita fahami maksudnya.. baru kita tahu..bagaimana melepaskan diri dari fitnah dajjal.. antara yang menarik perhatian insan jahil ni..untuk mengelak fitnah dajal maka lari lah ke gunung dan gua..
panjang nak dihuraikan kaitannya..mungkin yang bijak pandai dan tahu kenapa..dan mungkin juga apa yang mie tahu ni salah.. rasa sedey juga sebab tak pandai dalam ilmu hadith dan tafsiran al-quran.. jadi xdapat nak pastikan kebenaran hadith yang disampaikan..
sedih sungguh bila merasakan diri ni jahil sangat.. dan dikatakan semasa datangnya Dajjal.. itu masa untu mempertahankan iman. Dikatakan kesusahan masa tu memang xda masa dah nak mengukuhkan iman.. Hanya orang2 beriman yang berjaya menempuh fitnah Dajjal..
Wallahuaalam...
kalau dihitung mampukah mie harungi fitnah tu..mie sendiri sekarang dah xde pun impian nak berkahwin, berkerja, power dalam itu ini.. tapi mimie lebih kepada fikirkan.. macam mane nak halang diri mie dari ikutkan nafsu materialistik dan duniawi nih.. cuba lebih beratkan buat kerja itu kerana tauhidkan Allah..
aduhai ihsan itu walaupun mudah pengertianya tapi pelaksanaanya bukan senang...
*aku masih ingin terus sujud padamu ya Rabb :'( *